Dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah sampai sekarang aku sehat sehingga umur mencapai 26 tahun, tahun ni..syukur sesangat pada Allah s.w.t kerana memberi kesihatan yg x terhingga pada aku..dan disebabkan kesihatan inilah aku mampu untuk mencari rezeki, cube menjadi insan dan umat yang terbaik di muka bumiNya walaupun aku tahu yang aku punye kelemahan dan kekurangan. Syukur jugak aku ucapkan kerana dengan kesihatan yang baik inilah aku mampu tersenyum dan berkongsi kasih sayang dengan semua orang yang aku kasihi..mungkin jarang untuk aku ungkapkan namun jauh di sudut hati betapa aku menyayangi mereka semua..
Syukur sekali lagi kerana aku diberi kesempatan untuk memperbaiki segala kelemahan diri & menebalkan amalan seharian sebagai bekalan di hari esok. Syukur ku ucapkan kerana aku berkesempatan untuk cuba menjadi anak yang solehah kepada orang tuaku. Akan ku cuba untuk menjadi yang terbaik walaupun aku tau yang aku bukan sesempurna Siti Khadijah.
Alhamdulillah tanggal 20 Januari 2013 adik aku Hanis selamat menjalani pembedahan fibroid (xtau nak eja). dalam usia 14 tahun dia berani untuk menjalani pembedahan & semua doktor di Hospital Selayang puji akannya kerana tabah serta kuat menghadapi hari itu. Tahniah dan rasa syukur kepada Allah & doktor yang telah berjaya membuang ketumbuhan itu.
Aku punya kesempatan untuk melawat Hanis & aku cube gembirakan hati dia. Jika wang ringgit aku xmampu untk berikan cukuplah sekadar senyuman yang terukir di bibirnya membuat aku puas. Alhamdulillah dan syukur. Betapa aku terharu dan sedih melihat muka abah kerana kedatangan aku untuk meneman Hanis. Alhamdulillah dia menjamah sedikit makanan da tertawa tatkala aku melawatnya...=)
Hanis makan agar2 yang ibu buat..perit tekak die tapi bile dipujuk dia boleh makan sediki2..
Senyuman yang kuat & tabah Hanis. Semoga Hanis cepat sembuh & dengar cakap ibu n abah n doktor. alhamdulillah semuanya selamat.
Walaupun dia adik bukan seibu denganku namun dia tetap adik aku dunia dan akhirat. Aku harap dapat gembirakan hati semua orang & bahagiakan mereka...
AKU SAYANG SEMUA ORG DI SEKELILING KU
=)
0 comments:
Post a Comment