Selamat malam semua!! Wah...lamanya blog ni xberasap kan...mintak maaf dulu lah sebab lately ni owner blog ni iaitu saya tidak berapa sihat..jadi xlarat nak menekan keypad di laptop ku ini kerana terlalu letih di malam hari..
Sejak aku sudah mula loya & pening lalat ni nak masak lagi la aku malas. Perasaan nak memasak tu memang xnak langsung lah! Tapi dek kerana tanggung jawab ku sebagai seorang isteri (nak jgk jadi isteri solehah..hehehehe) aku pon kuatkan lah diri ini.
Jadi sebab da malas nak masak ni la lauk paling simple. Marilah menyaksikan keindahan laukku ini!! hehehe..
IKAN GORENG MASAK ASAM
Bahan Bahan:
Halia
Bawang Besar
Bawang Putih
Cili Kering
Garam
Air
Air Asam
Ikan Kembong/Selar/Tenggiri
Cara Masak:
.
Goreng Ikan tu macam biasa & ketepikan dulu ye.
Tumis bawang merah, putih, halia & cili kering
Naik wangi masukkan air sikit & air asam jawa.
Masukkan garam sikit.
Tunggu mendidih masukkan ikan & didihkan lagi.
Siap!! Boleh makan!
Senang kan.Pada mereka yang xlalu nak makan tu try la buat menu ni. Aku teringin nak masam2 time ni..so nilah hasilnye!!
AYAM BLACKPAPPER
Ini pulak request dari en suamiku...setelah die bosan makan lauk aku yg tah pape ni..maka aku pon buatkan die. Dengan ajaran dari cousin aku Chef Bib..aku masih tekial2 nak ingat cara masak blackpapper ni.
Bahan Bahan:
Ayam
Sos Tiram
Kicap
Lada Hitam
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Cili Kering (cili hidup lagi bagus..aku xda cili hidupt ime ni..)
Garam
Capsicum
Carrot
Tomato
Cara Masak:
Tumis dulu bawang, cili kering & halia.
Naik bau masukkan ayam & reneh sekejap
Masukkan air sampai separa ayam & pelankan api
Masuk sos tiram, kicap & lada hitam (tumbuk gune lesung bagi hancur..kl nk tumbuk gune tgn pon silakan la..hahaha)
Masukkan garam
Reneh sampai ayam tu masak
Masukkan capsicum, tomato & carrot (letak carrot dulu la sebab die kan keras)
Reneh jap sampai sebati
Dah Siap!!!
Selamat Makan ye..
Oklah nanti aku masukkan lagi menu yg aku masak.maaflah gambar kurang menarik sebab aku snap pakai phone je...kamera hidung malas nak kuakan..hehehe
Sampai jumpa lagi...bye!!!
xoxo
NaziraShaberah
0 comments:
Post a Comment