Assalamualaikum. Lama xupdate blog hampir 7bulan. Bila kemalasan dah menghantui diri memang macam nilah jadinya. Takde ape yg nak share sekadar berkongsi Majlis Kahwin kakak mommy 29/8/15 & 30/8/15 haritu. Alhamdulillah finally angah kawin dah. Mommy kawin dulu dari dia kira I ni langkah bendol la kan. Hehe jodoh sampai awai jadi I kawin dulu.
Hari Jumaat 29/8/15 pukul 11pagi angah selamat jadi isteri yg sah kepada abang ipaq Efdal. Alhamdulillah majlis bernikah berjalan dengan elok cuma hantaran last minit siapkan terkena pula Wan Cik xsehat malam Khamis. Al maklum la hantaran nak buat fresh flower jadi kene buat lambat sikit tapi kesihatan x mengizinkan. Chef Midun & Ceh Mod beserta suami I bz kat dapoq sebab time hari nikah kami masak sendiri.
Nak share gambar sikit.
Masa akad nikah. Dup dap dup dap je jantung tu kan.
Tu la Chef Mod laki si Midun cousin I. Ketua chef hari nikah angah. Die memang ketua chef pon kat Harrods Klcc. Hehe. Midun pulak dulu ex chef kat Concorde Hotel.
Alhamdulillah makan sume cukup & mommy berlari2 p depan & dapur bgtau pengantin dah siap so boleh siap2 setting.
Anak kak yong Dalila & yg tengah botak tu cenonet Mommy Nuh Iffat. Dia xberapa sehat time wedding Angah ni.
Apepon tahniah angah dah jadi isteri. Semoga bahagia sampai jannah & jadilah isteri yg soleh & sentiasa bertoleransi. Cepat2 dapat baby. Sekejap je suma dah kawin & bawa haluan sendiri moga kita tak lupa di mana bumi yg kita pijak & sentiasa x lupa org tua kita. 😊😘
0 comments:
Post a Comment