Assalamualaikum. Lamanya x update blog. Dah behabuk dah. Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk bernafas di bumiMu Ya Allah. Terima kasih atas segala nikmat & ujian yg telah Kau aturkan utk kami semua. Terima kasih juga kerana Kau kurniakan kami kesabaran yg tinggi & tabah dalam harungi hari hari kami.
Semoga Kau terima segala amalan kami pada tahun yg lepas Ya Allah. Semoga kami sentiasa belajar dari setiap apa yg berlaku. Bermacam musibah yg menimpa negara kami tapi Kau tetap kuatkan hati kami semua & kami semua belajar utk menerima. Semoga kami sentiasa redha & terima qadak dan qadarMu.
Selamat tinggal 2014 yg menyimpan semua detik manis dan pahit dlm titipan hidup. Dan Selamat Datang 2015 semoga kami semua menjadi insan yg lebih bertakwa, bersyukur, tak alpa pada Kau Ya Allah, tak bongkak & tak takbur.
Berilah kami kesempatan utk terus bersujud & berkhidmat di bumi Ya Allah. Semoga segalanya di bawah barakahMu & dilindungi olehMu. Tetapkan iman kami, bukakan hati kami agar terus istiqamah & berubah baik.
Aku doakan kalian semua sentiasa dirahmati Allah. Sentiasalah bersyukur dgn setiap apa yg ada jgn sering merungut malah kirimkanlah resahan hati itu kepadaNya semoga Dia perkenankan & dibalas dgn ketenangan kepada kita semua. Peringatan utk diriku jua. Syukur syukur dan syukur. Amin
*gyra*
0 comments:
Post a Comment